Suhu badan manusia menghidupkan lampu?

Posted by Mesra Alam | Posted in


Adakah anda sedar bahawa dengan teknologi kini yang begitu canggih , penghasilan tenaga elektronik dengan suhu badan manusia adalah mungkin ?

Kungsbrohuset , sebuah bangunan mesra alam akan dibina di Jernhusen iaitu sebuah daerah Bandar Västra di Stockholm , bangunan ini akan menggunakan suhu badan manusia untuk menghidupkan sebahagian daripada elektrik peralatan dalam bangunan ini..Bangunan ini menjimat elektrik dan pada masa yang sama dengan menggunakan suhu badan manusia untuk penghasilan elektronik ia bukan sahaja tidak mencemarkan alam sekitar malah ia juga membawa manfaat dalam aspek ekonomi kerana dengan mengurangkan penggunaan elektrik , kadar bayaran untuk elektrik juga akan dikurangkan.. Jika seluruh dunia menggunakan reka bentuk yang mesra alam,semestinya pemanasan bumi dan pencemaran alam sekitar akan dikurangkan dalam kadar yang mamakjubkan.

Walaubagaimanapun , untuk mengurangkan pemanasan global dan pencemaran alam bukanlah sesuatu yang mungkin dilakukan dalam masa yang singkat , usaha seperti ini harus diteruskan agar alam sekitar dapat dipelihara.
Artikel dihasilkan oleh :chin ying hui , kok sok yin , ng wai kei , lim chii ying , ng yu fang , oh xin yu ,chan pui teng
Terima Kasih kerana perhatian anda ke atas laman web kami .

Comments (0)

Catat Ulasan