Estet Perumahan Mesra Alam

Posted by Mesra Alam | Posted in

Sarawak kini menuju ke arah pembangunan estet perumahan yang berkonsepkan mesra alam sekitar dan interaktif.
konsep mesra alam sekitar dan interaktif ini akan menggabungkan kemudahan-kemudahan rekreasi seperti kawasan lapangan hijau terbuka dalam estet perumahan.
Konsep mesra alam ini juga menerapkan komponen penjimatan tenaga seperti cahaya solar khususnya berkaitan dengan lanskap kawasan rumah.
Apabila kita bercakap mengenai persekitaran tenaga solar, kita bernasib baik kerana Sarawak memiliki banyak sumber termasuk bahan mentah bagi tujuan ini. Apa yang kita perlukan ialah cuma membawa masuk teknologi untuk melengkapkan sumber-sumber kita.
Justeru itu, kita akan menggalakkan estet-estet perumahan baru di negeri ini menggunakan komponen alam sekitar ini selain menyediakan rancangan yang baik bagi menggabungkan kehidupan hijau.
Pada masa sekarang, para arkitek sedang dalam proses mereka-bentuk bangunan yang menyokong konsep mesra alam kerana rakyat zaman kini semakin peka terhadap isu-isu berhubung persekitaran.
Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia sedang dalam proses melatih fasilitator iaitu arkitek dan jurutera yang akan membantu syarikat-syarikat pemaju memastikan bangunan adalah mesra alam.
Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) juga akan melatih para pengesah supaya dapat melakukan kerja pengesahan secara bebas.
Sekarang ada 10 projek perintis berkonsepkan mesra alam, tetapi lebih banyak lagi akan dirancang. Ada yang sudah disahkan mesra alam tetapi oleh penggredan luar seperti dari Amerika Syarikat dan Singapura.
Di Malaysia, kita hanya ada beberapa bangunan mesra alam sahaja iaitu di Putrajaya, bangunan Suruhanjaya Keselamatan.
Dihasilkan oleh:Candy ong,Loh yan qi,Lum mon yee,Nye ching man,Yip ching mun,Lam chou ee, Ooi shin kein.

Comments (0)

Catat Ulasan