Projek Pendidikan Sivik Tahun 2010

Posted by Mesra Alam | Posted in

Mata pelajaran Pendidikan Sivik diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu ,Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini,mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya.Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan Sivik , kemahiran sivik dan nilai sivik untuk menjadikan warganegara yang bertanggungjawab.Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja ,kurikulum mata pelajaran pendidikan sivik memberi tumpuan utama pada isu perpaduan ,patriotisme dan kefahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.Melalui kurikulum ini diharapkan dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara .
Kami murid dari 5s2,SMJK Perempuan Perak telah melancarkan satu projek yang bertema Cabaran Masa Depan .Tajuk bagi projek kami ialah "Perumahan dan Pengangkutan Mesra Alam". Kami menjalankan projek ini dengan cara pembinaan blog untuk memudahkan para pengguna internet yang ingin mencari maklumat yang berkaitan dengan alam sekitar dalam bahasa Melayu.Pada masa kini, kebanyakan maklumat dari internet masih dalam Bahasa Inggeris.Memang susah untuk pengguna internet mencari maklumat dalam Bahasa Melayu. Menerusi projek ini,kami ingin mengambil kesempatan demi memudahan pengguna internet.
Selain itu,kami tidak mahu menjalankan projek dengan menggunakan kertas A4 yang baru dan kertas warna. Melalui cara pembinaan blog, kami dapat kurangkan penggunaan kertas dan ini dapat mengurangkan penebangan pokok yang ada di hutan .Selain daripada itu ,kos menjalankan projek ini dapat diminimumkan.
Di samping itu ,kami ingin menyempurnakan projek ini dengan cara yang lebih istimewa berbanding dengan dulu. Dengan cara pembinaan blog ,kami dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif dan berinformasi padat yang sempurna.Semoga pembaca dapat manfaat daripada blog kami . Selain itu, pengguna internet juga boleh memberi maklumat atau pendapat dalam blog di kawasan pembincang blog .Maklumat ini dapat disebarkan dengan lebih meluas berbanding dengan membuat pameran di sekolah.

Comments (0)

Catat Ulasan