Cat Mesra Alam, Rendah Baru, Baik Untuk Kesihatan

Posted by Mesra Alam | Posted in



Cat Mesra Alam, Rendah Baru, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa


KUALA LUMPUR,22 Jan (Bernama) – Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak ‘mengasyikkan’ ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat.

Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan.

Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas.

Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap ‘wap’ yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta reaksi alergi. Pendedahan pada jangka masa lama juga dikaitkan dengan penyakit hati dan buah pinggang.

Oleh itu, wap dari cat adlah tidak sihat! Sehinggakan Agensi Perlindungan alam Sekitar Amerika Syarikat dilapor menetapkan bahawa cat ialah antara lima ‘bahaya’ bagi alalm sekitar.


Bahan Organik Mudah Ruap

Cat Mengandungi banyak wap sebatian orhanik (VOC) yang boleh memberi reaksi alergi kepada manusia. Bahkan semakin ‘lebih seri’ warna sesuatu cat bermakna lagi banyak kandungan VOC di dalamnya.

Bagi cat minyak pula, is mengandungi lebih baynyak VOC jika dibandingkan denagan cat berasaskan air atau lateks.

Bila lapisan cat mongering, is akan menghasilkan evaporasi VOC yang kemudiannya meresapi udara serta bertukar menjadi bahan ‘pencemar’.

Vapor atau wap dari cat serta bahan kimia yang lain memberi risiko kesihatan bagi kanak-kanak. Orang tua dah juga meraka yang mempunyai ketahan imun badan yang lemah. Jadi bagaimana kita lindungi mereka dalam kumpulan ini daripada bau,wap serta gas yang dihasilkan cat bila memberi lapisan cat baru kepada dinding rumah?

Jawapannya ialah cat ‘sifat VOC’ atau yang mempunyai kandungan VOC rehdah yang dikeluarkan sebagai alternative kepada consumer yang peka terhadap kesihatan.


Cat voc rendah

Menurut Soo Fee Wah, Pengarah Urusan Mr Paint Man Sdn Bhd, syarikat itu menawarkan cat yang mesra alam serta VOC rendah bagi memastikan bahan kimia yang memebahayakan kaesihatan bukannya lagi satu masalah.

Sebagai mengukuhan komitmen terhadap keselamatan serta kepuasan pengguna, syarikat itu menghantar cat keluarannya ke sebuah makmal di Negara jiran yang terkemuka dlam bidang penilaian produk bersepadu dan komprehentif, perkhidmatan pemeriksaan dan persijilan.

“Kami denagan sukacitanya mengumumkan bahawa hasil jualan mengesahakn cat keluaran kami adalah rendah VOC, kurang wap, serta rendah bau selain bebas daripada bahan kimia yang berbahaya,’ kata beliau.

Produk Mr Paint Man juga dinepati standard piawaian alam sekitar SIRIM.

Baru-baru ini Soo memperkanal logo mesra alam Mr Paint Man iaitu ‘Ecofren’. Logo itu akan tampil bersama mascot Mr Paiant Man bagi semua cat berasaskan air keluaran syarikat itu.


Jaminan kepada pengguna

“Ia merupakan satu tanda jaminan bagi pengguna bahawa produk kami telah melepasi ujian yang ditetapkan dan tiada kandungan berbahaya yang ditemui. Pengiktirafan ini memperakui cirri profail pemuliharaan alam sekitar dan keselamatan kami,” kata Soo.

Menurut Soo, pengguna harus erwaspada terhadap sesetangah cat yang mengandungi bahan berbahaya terhadap kesihatan seperti formaldehid dan cadmium.

Formaldehid boleh mendatangkan iritasi atau keradangana mata dan selaput mucus, di samping mecetuskan symptom asma, manakala cadmium dikaitakn dengana perapuhan tulang dan kegagalan fungsi buah pinggang, Kadmium juga merupakan satu daripada enam bahan yang diklasifikasikan sebagai bahan larangan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk Bahan Berbahaya.

Soo melahirkan keyakina bahawa produk Mr Paint Man, denagna status mesra alam serta kebaikan Teknologi UBAK Jepun, akan menjadikan cat itu pilihan bagi mereka yang mahu memberikan rumah mereak lapisan cat yang baru.

Tekologi itu, hasil kerjasama dangan Kansai Paints dari Jepun iaitu antara syarikat yang terulung dlam bidang industi cat, telah memberi tahap kelegapan atau paras penutupan yang baik, sapuan cat yang lebih halus dan sempurna pada permukaan yang dicat.

“Tahap kelegapan tinggi merujuk kepada keupayaan cat menyembunyikan warna lama dinding tanpa apa-apa bayangan terhadap lapisan lama. Ini penting kerana cat yang rendah legap bermakna lebih banyak lapisan cat terpaksa digunakan dan ini memakan lebih banyak tenaga, masa dan kos,” jelas Soo.

Produk Mr Paint Man terdiri daripada cat bagi kegunaaan luaran serta dalaman.

Disesuaikan dengan keadaan cuaca tropika Malaysia, syarikat itu yain junama ini semakin menjadi pilihan bagi mereka dalam industri cat.


Group of Wai Chew Mei


Comments (0)

Catat Ulasan