Pengangkutan Mesra Alam

Posted by Mesra Alam | Posted in

Kesedaran mesra alam perlu dipertingkatkan dalam bentuk pembinaan dan penghayatan minda lestari pada tahap individu, komuniti teras, institusi dan sistem. Sistem pengangkutan juga dirancang supaya mengambil kira penjimatan tenaga menerusi penggunaan pengangkutan awam yang berkesan dan optimum.
Inisiatif mesra alam menunjukkan betapa promosi kesedaran alam sekitar dan pembinaan minda lestari itu harus dilaksanakan lebih kreatif dan multidimensi. Apa saja yang dirancang dalam apa saja bidang perlu disulami dengan dasar dan inisiatif mesra alam. Hal ini bukan lagi satu tren semasa, tetapi sudah menjadi semaUsaha akan dijalankan untuk mengimbangi masalah pencemaran yang terhasil sepanjang menerusi program pertukaran kredit karbon dengan membangunkan kemudahan mesra alam di tempat lain.
cam satu 'kewajipan' khususnya dari segi pasaran, tanpa konotasi atau label mesra alam, maka kebolehpasaran sesuatu perkhidmatan atau produk menjadi tidak kompetitif. Hal ini begitu ketara di Eropah dan Jepun.ara di Eropah.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu lebih proaktif biarpun komponen alam sekitar bukan teras skop kerja dan kepakaran kita. Alam sekitar milik semua dan perlu dilindungi oleh semua pihak, apatah lagi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut.
Ia bukan satu tugas atau tanggungjawab yang terlalu berat yang sukar pula untuk dilaksanakan. Minda lestari dan mesra alam adalah cara berfikir dan gaya hidup yang sederhana dengan mengambil kira aspek alam sekitar dan ketenteraman awam dalam segala tindakan dan amalan harian.
Di Malaysia, Kerajaan Negeri memberi komitmen yang tinggi untuk merealisasikan projek-projek dan inisiatif-inisiatif untuk membaikpulih sistem pengangkutan awam yang sedia ada. Kerajaan Negeri juga komited dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan sokongan untuk pengangkutan awam bagi mengelakkan pencemaran alam dan juga memberi keselesaan kepada rakyat. Kerajaan Negeri memandang serius isu-isu sedia ada yang mencemarkan alam sekitar.
Semua agensi-agensi pelaksana, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, syarikat-syarikat pengendali pengangkutan awam dan juga sektor swasta agar memainkan peranan yang lebih penting untuk mencapai visi pengangkutan awam Iskandar Malaysia yang mesra alam,selamat dan mesra pengguna.Di negara-negara maju, sektor swasta memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan promosi pengangkutan awam.

Comments (0)

Catat Ulasan